Urap Taugeh Bersama Daun Salom
Resepi yang diminta ini ialah 'Urap Taugeh Bersama Daun Salom'..ianya sesuai dimakan bersama nasi putih..seperti kita memakan 'kerabu atau sayur2 ulaman.
Bagi yang nak mencuba atau tahu caranya ..ini resepi saya sekadar perkongsian buat anda semua.
Bahan-Bahannya :
2 Genggam taugeh segar (Derendam seketika bersama air panas,jangan terlalu lama ia akan membuatkan taugeh lembut..agak2 biar taugeh sedia ranggup)
2 Ikat daun salom (Di potong-potong,jangan terlalu halus..sedang- sedang je ya)
1/2 Biji kelapa parut (Di goreng tanpa minyak sehingga kuning keemasan)
1 Genggam ikan bilis (Di goreng dan di tumbuk kasar)
2 Sudu besar kerisik
Bahan-Bahan Untuk Di Goreng & Di Tumbuk :
3 Biji cili besar (Merah)
15 Biji cili padi (Jika tak suka pedas boleh kurangkan ye)
1 atau 2 Ulas bawang kecil
Sedikit belacan dan garam secukup rasa
*Kesemua bahan ini di goreng dan di tumbuk lumat.
Cara-caranya :
- Masukkan kelapa parut yang telah digoreng tadi di dalam satu bekas,kemudian masukkan bahan- bahan yang telah ditumbuk tadi...juga masukkan kerisik gaul rata kesemua bahan tadi supaya tidak berketul-ketul.
- Kemudian masukkan taugeh dan daun salom gaul rata, balik-balikkan dan akhir sekali taburkan ikan bilis yang telah di goreng dan di tumbuk tadi gaulkan rata ..Dah siap!!!...Mudahkan??..
*Selain taugeh dan daun salom anda juga boleh menggunakan kacang botol,kacang panjang juga daun pengaga untuk resepi ini!.
Jadi Selamat Mencuba!'. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan