Jumaat, 28 Februari 2014

Angin Bayu!.



Angin bayu meniup lembut ke pipiku,
bertanya khabar tentang diriku,
adakah aku masih disitu,
menunggu khabar berita darimu.


Kupendam duka sepi dan rindu,
Bagaikan purnama terang diam membisu,
Cuma membias cahaya nan satu,
Agar terang isi hatiku.

Sepi hati tatkala rindu,
Angin bayu masih menyapaku,
Adakah engakau setia lagi padaku,
Menyambut rindu rasa hati ku.

Lama ku menunggu jawapan darimu,
Angin bayu juga berlalu,
Terusik kata hatiku,
Mungkinkah kau telah pergi meninggalkan aku..
Angin Bayu..
..Zie'... :)

Pelangi!.




Rabu, 19 Februari 2014

Ayam Masak Halia Bercuka.



Atas permintaan!!...Jadi ini resepi untuk hari ini 'Ayam Masak Halia Bercuka'..di sebabkan resepi tercetus dari idea sendiri jadi bahan2 pun boleh ikut citarasa anda sendiri juga ye!. Jom kita lihat bahan2 dan cara2nya.



Bahan2nya : 

1/2 Ekor ayam (di potong dadu/ kecil2)
1 Biji lobak merah (disagat/dipotong memanjang)
*Jika suka boleh tambah kobis bunga dan putik jagung.
10 Biji cili padi dibelah dua (kalau tak nak pedas boleh kurang/tak letak)
1 Ulas bawang besar (dihiris)
1 Buku halia muda ( di sagat/dihiris memanjang)
3 Ulas bawang kecil
2 Ulas bawang putih
(Bawang kecil dan bawang putih ditumbuk halus)
1 Cawan Cuka masakan
2 Sudu besar tepung jagung/tepung ubi( dibancuh dengan sedikit air)
Sedikit minyak masak untuk menumis
Sedikit garam/serbuk perisa & sedikit air



Cara2nya :

  • Panaskan minyak masak!..masukkan ayam goreng sehingga separuh masak,kemudian ketepikan.
  • Tumiskan bawang kecil& bawang putih yang telah di tumbuk tadi  sehingga naik bau.
  • Masukkan cili padi yang telah dibelah dua bersama halia dan gaulkan sekali bersama ayam yg  telah diketepikan tadi,gaul rata ye...
  • Kemudian masukkan Cuka&air(agak2 kuah nak banyak mana),biarkan sehingga mendidih,setelah itu masukkan lobak merah dan bawang besar yang telah dihiris tadi..gaul rata!.
  • Masukkan sedikit garam/serbuk perasa(rasa dulu mengikut selera sbb cuka dah ada rasa masam dan garam) letak sedikit gula jika perlu untuk mengurangkan rasa masam.
  • Akhir sekali masukkan cecair tepung jagung/tpng ubi yang telah di bancuh dengan air tadi sambil di kacau rata,letak mengikut sejauh mana anda suka untuk kepekatan kuahnya.
  • Setelah itu ianya sedia untuk di hidang!...'Selamat Mencuba!!.. :)