Isnin, 17 Disember 2012

Our Anniversary.




 

Known since school days..
 
But never spoke to each other, because each one with their own world.


Until 5 years later, we reunited again ..


Was the beginning of our love.



Our Anniversary!.
So! today 18th December 2012 completed eight years of our marriage life. All past memories still remain in the memory, hope our love will always last forever and I hope it will remain until the end of our life.




And again...


Jumaat, 23 November 2012

Kaki Pancing!.


Ok...Gambar ni aku ambil secara rambang sahaja,tidak ada maksud apa2 atau maksud tersirat.Sesiapa di dalam gambar ini aku pun tidak tahu siapa mereka,aku ambil gambar ini kerana indahnya pandangan pada hari itu..Seperti berada di tempat nelayan..yang mana terdapat apa yang di gelar 'Kaki Pancing'.Mungkin begitulah mereka..mungkin sekadar hobi untuk memancing,jadi mereka sibuk memancing dan aku pula sibuk mengabadikan foto/gelagat mereka di dalam 'Memori Dari Lensaku.Harap sesiapa didalam gambar tidak marah dengan rakaman foto mereka ini.'You're Cool Bro!!..peace!!!..hikhikik ;)




Sedia!!!...
Mulakan..Angkat!!!!..

Tolak.....

Okey...Jom mulakan perjalanan!.

Sampai..Mulakan memancing!.


Di sudut yang lain..terdapat dua orang pemancing.

Sempena cuti sekolah..Anak2 di bawa memancing bersama!.

Saujana mata memandang.

Kaki pancing berbicara...

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Ooppsss!!!...
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Terima Kasih!..
Kerana Sudi melihat blog saya.
'Sila datang lagi!'.

By:ZieSya♥

Rabu, 21 November 2012

Tentang Hujan.



Hujan masih lagi membasahi bumi,sedari malam tadi tiada

henti!.Aku terdiam menikmati bumi, yang dingin walau di sinari

mentari...Puasaku hari ini d'berkati lagi,terima kasih padaMu

ILLAHI......Kerana membenarkan bumi ini dingin lagi,kuasaMu

tiada henti..Mengingatkan aku saban hari,agar sentiasa muasabah

diri.....



Hujan masih lagi disini,walaupun mentari kian menyinari....Alam

ini tidakkan sunyi,Selagi bumi masih  di sini..............Aku

pasrah padaMu ILLAHI, jangan tinggalkan hambaMu yang hina

ini...Berilah aku kekuatan diri, untuk mengahadapi diriMU

nanti...Keranaku masih ragu lagi,iman d'hati belum teguh berdiri....



Hujan mula berlalu pergi,hari yang dingin kian

menyepi....Adakah hujan akan kembali,ku bertanya diri

sendiri..PadaMu ILLAHI ku bermohon lagi, agar hujantidak

menyendiri...Membasahi bumi setiap kali,agar bumi tidak kering

lagi.....Aku bersyukur padaMu ILLAHI,keranaMu Maha

Mengerti....Ku harap hujan datang kembali,apabila bumi

memerlukannya lagi!...

Isnin, 12 November 2012

Senjakala.



Senjakala.

Senjakala...
Kau menjelma kala siang pudar warna,
Meniti senja malam kan tiba,
Waktu untuk pulang bersama keluarga.

Senjakala...
Sudah tiba wahai umat manusia,
Janganlah kau lalai dan leka,
Watku tidak menunggu kita.

Senjakala...
Ingatlah semua..waktu itu amat berharga,
Berbuatlah amal baik berpada-pada,
Moga dirimu sentiasa aman sentosa.

Senjakala...
Hadirmu mengundang pelbagai cerita,
Ada kisah suka dan duka
Terhadap semua umat manusia,
Kerana itu ketentuan Maha Pencipta.

Senjakala...
Bila malam menjelma kau hilang jua,
Pastikan hadir tatkala esok pula,
Bersama kisah seribu makna,
Itulah kuasa yang Maha Esa.

Senjakala.


Senjakala.

Dari Aku..ZieZaini

Rabu, 31 Oktober 2012

Hijau Mata Memandang!.




Suasana Kampung..

Hutan Lipur...


Hijau Mata Memandang....
Bersama Cahaya Sinar Petang,
Tetamu Ramai Datang Bertandang..
Melihat Dikau Indahnya Bukan Kepalang!.

Itulah Dia Indahnya Alam...
Menunjukkan Kuasa Yang Menciptanya,
Moga Keindahannya Takkan Hilang..
Ditelan Masa Yang Akan Datang!.



♥♥♥♥By:ZieZaini♥♥♥♥

Rabu, 3 Oktober 2012

Pergi Tak Kembali.



"Bukanku pinta lahir ke dunia..
Bukanku minta cacat begini..Bukanku rayu kasih dan manja..Bukanku rayu bantu simpati...." Bila terdengar lirik ini,tiba2 hatiku terusik..terimbas kembali seorang insan yang pernah berada disisi.Kini ianya hanya tinggal kenangan kerana Dia telah pergi menghadap ILLAHI!. Segalanya bermula tanpa diduga,adikku Mohd Hafez sakit dibahagian lutut pada kakinya akibat terjatuh ketika bermain takraw bersama teman2.Tapi bila di bawa ke klinik untuk scan tiada ape2 yang mencurigakan,sehinggalah lututnya membengkak dan kesakitan terus dirasakan.Apabila itu berlaku dia dibawa ke hospital untuk membuat scan lagi sekali,sesuatu yang mengejutkan kami.Doktor menyarankan supaya dia dirawat ke Kubang Kerian(Kelantan).Ayahku tidak setuju kerana disana jauh dari keluarga.....jadi dia dirawat di hospital PPUM sahaja. Apabila dirawat dan discan dia didapati menghidap penyakit Kanser Tulang,Kami terkejut dengan berita itu.


Dari mula dengan hanya bengkak yg kecil dari hari ke hari menjadi besar,dari tidak bertongkat kepada bertongkat..dari bertongkat satu kepada dua tongkat..kakinya makin membesar dari lutut ke bawah..kesakitan makin terasa.Pernah sekali aku menghantarnya untuk scan dia meraung kesakitan'Kak long sakittttttttttttt!!!!..sakittttttlah!!!!!..'aku jadi panik dan takut..aku panggil nurse'tolonglah adik saya dia sakit...dia tak boleh tahan'..nurse cuma berkata sabar!.macam mana aku nak sabar dalam keadaan adik ku sakit..nak tunggu Q ramai...aku sedih dan mengusap2 bahu adikku'sabar2 kejap lg!. Sesudah itu aku di kejutkan lg dengan berita oleh doktor bahawasanya adikku Kanser Tahap 4 dan kakinya terpaksa d'potong untuk mengurangkan kesakitannya,Ayah tertunduk begitu juga mak..aku..aku ...tidak percaya tp itu hakikat yg harusku terima.Ayah dan Doktor terpaksa beritahu perkara itu kepada Adikku''suasana tenang seketika'apabila doktor berkata padanya dia menjerit'Tidakkkkkkkk...tak mahu!...Doktor lelaki yg berbicara dengannya tak sanggup melihat adikku sedemikian lalu beredar dari situ dengan hiba!.


 Setelah d'pujuk oleh ayahku dan dia pun redha lalu menandatangani surat untuk pembedahan kakinya..selepas pembedahan ku lihat dari cermin kaca sekujur tubuh sedang  terbaring kaku dengan saluran2 penafasan..aku hiba,melihat keadaan adikku yg dulunya ceria dan aktif..terbaring d'situ!.Selepas beberapa hari tiba2 dia bangun dan menjerit sambil memegang kakinya yg telah dipotong''Argghhhhhh!!!!tolong2 kaki apit!!!dah takde!....................................kami terkejut!tp itu hanyalah gurauannya,mungkin dia sudah terima hakikat dan ingin menceriakan kami. Pada suatu hari ada seorang pemuda cina datang bertanya kepadanya"adik nak kaki tak?..kaki palsu!tp adik kena mahu d'temuramah oleh wartawan dan masuk surat khabar!...setelah d'pikirkan kami setuju..maka pada suatu pagi aku membawa adikku,ayah mak ke NSTP Bangsar!...Wartawan menemuramah dia dan ayah bersamanya ada seorang lagi remaja lelaki..tetapi dia kehilangan pergelangan tangan..gara2 langgar lari!... Dari saat keluar hospital aku,dia,mak,ayah selalu berulang alik ke hospital untuk rawatan lanjut,pernah satu ketika tayar keretaku pancit..aku terpaksa cari teksi dan pernah jua saat dia menunggu giliran yg terlalu lama dia jadi hilang kesabaran lalu berkata sambil membuang tongkatnya dan terus terduduk''tak payah dah rawat2 apit,lama sangat..lagi pun apit dah tak guna nak mati dah!.....................Aku memintanya bersabar...aku cepat2 ambilkannya kerusi roda dan memujuknya untuk tunggu seketika lagi!.


Selepas d'hospital dirumah jua dia perlukan rawatan..disebabkan tiada yg berani untuk menyuntik dia tiap2 hari,maka aku jadi Nurse segera tanpa kelulusan...ketika itu aku masih bekerja dan aku memohon cuti tanpa gaji untuk menjaga adikku sepanjang hari...hari kehari aku akan ambil suhu badannya dan menyuntik sejenis ubat 2kali sehari! Sampaikan kekadang dia tidak mahu disuntik...tp aku terpaksa!.Pabila raya dia tidak mahu mengenakan baju baru..Raya pada tahun itu mengundang kehibaan dihatinya jua kami!...dan itulah Raya terakhir buatnya.....Pernah suatu ketika dia bertanya kepadaku"Bila kak long nak kawin?...dan aku menjawab ''sibuk nape?...tanpa mengesyaki apa2!..Masa nak dekat hari persandinganku dia yang paling gembira menolong aku memasang katil pengantinku...apabila siap dia dulu yg merasmikan sambil tersenyum puas!...aku cuma memerhatikan gelagatnya.Inai pun habis penuh dijarinya...aku mengusiknya''macam ko plak nak kawin'..dia tersenyum sambil berkata''apo salah eh!.. 


Selepas seminggu aku melangsungkan perkahwinan suhu badannya naik tinggi aku menyuruh ayah membawanya ke hospital tp dia tak mahu..aku paksa ayah untuk bawanya ke hospital..pd masa itu dia dipapah oleh ayah dan suamiku ke kereta kerana dia tidak berdaya..selama sebulan dia dirawat di HospitaL Kuala Pilah..pada petang itu aku menerima panggilan dari ayah yg menyatakan adikku tidak boleh bertahan..baliklah untuk melihatnya ..mungkin untuk terakhir kalinya..petang itu aku sampai di hospital Kuala Pilah..kulihat adikku tidak seperti dulu tidak berdaya kurus,duduknya terhuyung-hayang seperti tulangnya tidak dapat menyokong badannya lagi,bercakap yg kurang jelas....aku pilu!!..kenapa begini..tapi dalam hati aku masih mengharapkan kesembuhannya.. Malam itu aku bermalam di rumah emak,di hospital adikku di temani oleh emak ku...sedang aku lena tiba2 aku terjaga aku bangun dan keluar dari bilik,ku lihat ayah bersiap2..sampailah ayah keluar dengan menaiki kereta.Aku membisu tanpa bertanya apa2..aku tidak tahu kenapa'dan hatiku berkata ''kenapalah aku tak tanya ayah nak kemana..boleh aku ikut kalau ke hospital!..aku terlena semula..beberapa ketika aku dikejutkan dengan bunyi telefon dan ketukkan d'pintu bilikku..adikku yg ketiga memberitahu " Kak Long!Apit dah meninggal!..aku terdiam..seakan tidak percaya adakah aku bermimpi???...


Pagi itu van jenazah tiba..aku masih tidak percaya mak turun dari van itu...siapa dalam van itu..betulkah adikku MOHD HAFEZ?...aku berlalu tanpa melihatnya..makin ramai tetamu yg datang,..aku masih lagi tidak melihat siapakah jasad yg terbujur itu!...lama aku menunggu..lepas seketika barulah aku berani melangkah untuk melihat jasad itu..ku lihat tubuh adikku terkujur kaku,aku renung jasad itu dengan harapan masih ada gerakkan/nafas walau sedikit..lama kurenung jasad adikku tetap kaku..aku sebak dan sedih sesungguhnya benar adikku telah pergi..pergi yg tak akan kembali!...kucium dahinya yg dingin..dengan doa Moga Dia Berada Disamping Orang2 yg Beriman dan disayangi ALLAH!.
Malam itu tidurku tidak lena..lama aku begitu akhirnya aku terlena..dalam lenaku aku bermimpi Arwah Adikku datang dengan pakaian serba putih..sempurna tanpa cacat celanya..kakinya ada 2dua sekali,dia datang dengan senyuman!..tanpa berkata apa-apa!. aku gembira untuk terakhir kalinya aku dapat melihatnya yg sempurna walaupun hanya dalam mimpi!.
Selamat jalan Adikku Mohd Hafiz Moga Kau berbahagia disana bersama insan2 yang disayangi ALLAH!..Kini Aidilfitri tiba lagi tanpa kau disisi..................
"Engkau tiba bagaikan pelangi..
Tak bercahaya namun kau berseri..Tapi cukup menghiburkan hati ini......"

AL- FATIHAH! 
Buat Arwah Adikku MOHD HAFEZ. 
.........Dari Aku..KakakMu!..  



*Al- Fatihah..
Buat Allahyarham Atuk & Allahyarhamah Incik iaitu Hj.Hashim & Hjh. Che Me
Buat Allahyarham Adikku Mohd Hafez
(Yang telah meninggal dunia pada usia 19thn kerana barah tulang,terima kasih dari pihak keluarga kepada semua yang telah membantu terutama PPUM,HKP,NSTP,HARIAN METRO,BERITA HARIAN,BADAN KEBAJIKAN,WAKIL RAKYAT NS,WARGA NONA ROGUY SDN BHD (yang sudi menyumbag -Bangsar2003) DLL..)

Tak lupa juga buat penyanyi lagu 'Pelangi Petang' Allahyarham Sudirman Hj.Arshad..’AL-Fatihah!.




Sabtu, 29 September 2012

Al-Kisah!.

Misteri
Jam menunjukkan pukul 1.30pagi,Angin sepoi-sepoi meniup ke muka ku.Aku masih lagi menghadap komputer dari tadi,setelah agak lama melihat 'screen komputer aku megalihkan pandanganku ke luar jendela.Alangkah terkejutnya aku apabila ku lihat satu objek putih di tepi jalan itu,aku terus memalingkan muka menghadap komputerku semula.Apabila agak reda ku pandang semula ke luar jendela,ke arah tepi jalan tadi.Ku lihat betul-betul pada objek tadi,Oouuhhhh!!...siapalah buang sampah kat tepi jalan ni?..buat terkejut aku jer..hikhikhik


Kisah Cinta Berakhir...
Pada suatu petang tu ...aku tengah masak pengat nangka + tepung pulut,setelah siap ku isi didalam pinggan.Dengan harapan tak sabo nak makan.Ketika masih hangat ku bawa sepinggan pengat ke meja makan,setiba sahaja dimeja makan ku letakkan pengat itu...terletak sahaja pinggan d'meja...plupppp!!!!....
        Eh!ape ni??''kataku'...ku lihat....dua ekor lalat telah mati serta merta dalam pengat hangatku!...arghhhh!!!!..........'kenapalah ko mati dalam pengat aku....nak bunuh diri pun cari le tempat lain... Inilah Kisah Cinta Si Lalat...aku rasa la'kan dua ekor lalat ni telah berjanji tuk 'Sehidup Semati!.Ape kata ko'rang???.....