Isnin, 12 November 2012

Senjakala.



Senjakala.

Senjakala...
Kau menjelma kala siang pudar warna,
Meniti senja malam kan tiba,
Waktu untuk pulang bersama keluarga.

Senjakala...
Sudah tiba wahai umat manusia,
Janganlah kau lalai dan leka,
Watku tidak menunggu kita.

Senjakala...
Ingatlah semua..waktu itu amat berharga,
Berbuatlah amal baik berpada-pada,
Moga dirimu sentiasa aman sentosa.

Senjakala...
Hadirmu mengundang pelbagai cerita,
Ada kisah suka dan duka
Terhadap semua umat manusia,
Kerana itu ketentuan Maha Pencipta.

Senjakala...
Bila malam menjelma kau hilang jua,
Pastikan hadir tatkala esok pula,
Bersama kisah seribu makna,
Itulah kuasa yang Maha Esa.

Senjakala.


Senjakala.

Dari Aku..ZieZaini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan