Jumaat, 23 November 2012

Kaki Pancing!.


Ok...Gambar ni aku ambil secara rambang sahaja,tidak ada maksud apa2 atau maksud tersirat.Sesiapa di dalam gambar ini aku pun tidak tahu siapa mereka,aku ambil gambar ini kerana indahnya pandangan pada hari itu..Seperti berada di tempat nelayan..yang mana terdapat apa yang di gelar 'Kaki Pancing'.Mungkin begitulah mereka..mungkin sekadar hobi untuk memancing,jadi mereka sibuk memancing dan aku pula sibuk mengabadikan foto/gelagat mereka di dalam 'Memori Dari Lensaku.Harap sesiapa didalam gambar tidak marah dengan rakaman foto mereka ini.'You're Cool Bro!!..peace!!!..hikhikik ;)




Sedia!!!...
Mulakan..Angkat!!!!..

Tolak.....

Okey...Jom mulakan perjalanan!.

Sampai..Mulakan memancing!.


Di sudut yang lain..terdapat dua orang pemancing.

Sempena cuti sekolah..Anak2 di bawa memancing bersama!.

Saujana mata memandang.

Kaki pancing berbicara...

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Ooppsss!!!...
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Terima Kasih!..
Kerana Sudi melihat blog saya.
'Sila datang lagi!'.

By:ZieSya♥

Rabu, 21 November 2012

Tentang Hujan.



Hujan masih lagi membasahi bumi,sedari malam tadi tiada

henti!.Aku terdiam menikmati bumi, yang dingin walau di sinari

mentari...Puasaku hari ini d'berkati lagi,terima kasih padaMu

ILLAHI......Kerana membenarkan bumi ini dingin lagi,kuasaMu

tiada henti..Mengingatkan aku saban hari,agar sentiasa muasabah

diri.....



Hujan masih lagi disini,walaupun mentari kian menyinari....Alam

ini tidakkan sunyi,Selagi bumi masih  di sini..............Aku

pasrah padaMu ILLAHI, jangan tinggalkan hambaMu yang hina

ini...Berilah aku kekuatan diri, untuk mengahadapi diriMU

nanti...Keranaku masih ragu lagi,iman d'hati belum teguh berdiri....



Hujan mula berlalu pergi,hari yang dingin kian

menyepi....Adakah hujan akan kembali,ku bertanya diri

sendiri..PadaMu ILLAHI ku bermohon lagi, agar hujantidak

menyendiri...Membasahi bumi setiap kali,agar bumi tidak kering

lagi.....Aku bersyukur padaMu ILLAHI,keranaMu Maha

Mengerti....Ku harap hujan datang kembali,apabila bumi

memerlukannya lagi!...

Isnin, 12 November 2012

Senjakala.



Senjakala.

Senjakala...
Kau menjelma kala siang pudar warna,
Meniti senja malam kan tiba,
Waktu untuk pulang bersama keluarga.

Senjakala...
Sudah tiba wahai umat manusia,
Janganlah kau lalai dan leka,
Watku tidak menunggu kita.

Senjakala...
Ingatlah semua..waktu itu amat berharga,
Berbuatlah amal baik berpada-pada,
Moga dirimu sentiasa aman sentosa.

Senjakala...
Hadirmu mengundang pelbagai cerita,
Ada kisah suka dan duka
Terhadap semua umat manusia,
Kerana itu ketentuan Maha Pencipta.

Senjakala...
Bila malam menjelma kau hilang jua,
Pastikan hadir tatkala esok pula,
Bersama kisah seribu makna,
Itulah kuasa yang Maha Esa.

Senjakala.


Senjakala.

Dari Aku..ZieZaini