Rabu, 31 Disember 2014

Si Bunga Ungu.


Hi!...lama dah aku tak update blog ni kan??,sibuk sikit le cuti2 sekolah ni urus keperluan anak2 nak sekolah.Okey!tanpa buang masa jom kali ni kita lihat keindahan 'Si Bunga Ungu' yang sedang mekar di musim hujan ni..


Tadaa!!!!...Si bunga ungu..cantik tak??..


 






 



Datang menghisap madu si bunga ungu..


 



Dalam titisan hujan gerimis...


Teserlah seri bunga ungu..


 



Si dia datang..


Di sebalik sinaran mentari..


 



Kali ni besarnya lebah ke??..


 



Pemandangan sepenuhnya dari depan..


--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sampai jumpa lagi..... :)

Rabu, 12 November 2014

Bubur Gunting.


Baru2 ni buat bubur gunting lama dah tak buat,so ingat2 lupa.Nasib baik menjadi anak2 pula suka sangat bubur gunting ni walaupun ianya cuma dari tepung gandum sahaja.Bubur ni aku belajar dari mak,musim2 hujan ni sesekali sedap juga dapat makan bubur panaskan..Jom tengok resepi dan cara membuatnya. :)



Bahan2 Untuk Adunan Tepung :

Tepung gandum
Air
Sedikit garam
Sedikit air kapur

*Kesemua bahan diatas di satukan dan di uli menjadi doh,setelah itu gelekkan doh tersebut di atas papan penggelek dan potong2 memanjang setelah itu gunting menyerong(Besar guntingan tepung mengikut selera anda).Buat sehingga adunan habis.


Doh tepung yang sudah di gelek.




Kemudian di potong.



Dan di gunting.



Setelah selesai Panaskan seperiuk air sehingga mendidih dan masukkan tepung yang telah di gunting tadi,biarkan sehingga tepung tadi timbul apabila timbul di permukaan bolehlah di angkat dan di masukkan ke dalam bekas yang berisi air sejuk.Buat sehingga habis.



Setelah tepung terapung di permukaan tandanya ia telah masak.


Bahan kuah buburnya :

Santan kelapa
Gula merah (dimasak terlebih dahulu dan ditapis)
Gula pasir
Daun pandan
Sedikit garam


  • Apabila adunan tepung tadi telah siap keseluruhannya,tapiskan dan kelurkan dari air sejuk tadi.
  • Sementara itu masakkan gula merah dan letakkan daun pandan,kemudian apabila telah mendidih masukkan santan dan tepung yang telah siap di tapis tadi.
  • Biarkan seketika dan kemudian masukkan gula pasir,kacau sehingga masak.Apabila masak bolehlah ianya di hidangkan.

Siap untuk di makan.


*Sukatan untuk tepung mengikut banyak mana yang anda kehendaki,ikut citarasa anda.Begitu juga dengan kuahnya,kemanisan,masinnya segalanya bergantung pada citarasa anda.

-Ada yang tak faham boleh tanya di ruangan komen ye..Terima kasih dan Selamat mencuba!. :)

Selasa, 11 November 2014

Kek Biasa.


Kali ini kita tengok resepi Kek Biasa pula ye...bukan luar biasa...biasa2 sahaja...maknanya korang pun boleh buat,sangat mudah.....Mari lihat resepinya. :)



Bahan2nya

5 Biji telur ayam
2 Cawan majerin
2 Cawan gula halus( kastor)
3 Cawan tepung gandum
2 Sudu kecil Baking powder dan Aisin vanilla
2 Sudu kecil serbuk koko




Cara2nya : 

  1. Majerin di pukul bersama gula
  2. Pukul telur bersama baking powder hingga berbuih dan masukkan aisin vanilla.
  3. Kemudian masukkan tepung dan gaul rata
  4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian,satu bahagian biarkan asli dan satu lagi letak serbuk koko tadi.
  5. letakkan aduanan ke dalam acuan berselang seli warna koko dan asli..apabila siap bakar dalam acuan yang sederhana besarnya.



Selamat mencuba!. ;)




Kek Span Gula Hangus.


Atas permintaan ramai,jadi aku taipkan kat sini resepi kek ni..Jom lihat dan buat ...hikhik



BAHAN2NYA :

2 Cawan tepung gandum
1/2 Cawan majerin/butter
1/2 Cawan susu pekat manis
8 Biji telur
2 Sudu besar soda bikarbonat
2 Cawan gula pasir
2 Cawan air
Sedikit aisin vanilla


CARA2NYA : 

1. Hanguskan gula..masukkan air bila air mendidih masukkan majerin/butter,bila majerin/butter cair ketepikan biarkan sejuk.

2. Pukul telur dan aisin vanilla hingga kembang.

3. Ayak tepung bersama soda bikarbonat.

4. Masukkan telur,tepung,susu dan air gula tadi kacau/pukul rata.Sapu acuan dengan majerin dan masukkan adunan ke dalam acuan..kemudian bakar .



Selamat mencuba!.

Sabtu, 30 Ogos 2014

Ramadan Raya.


Lama dah tak updated blog ni..Al maklum bulan puasa hari tu sibuk,raya pun begitu juga.Sekarang Syawal dan ramadan telah berakhir untuk tahun ini.Errrmmmm...rasa rindu pula pada ramadan,kali ni aku nak imbas balik apa yang aku dah masak untuk berbuka puasa pada ramadan lalu.Ada juga resepi yang baru,bila dalam ramadan tu macam2 le imaginasi ni.Tu yang tercipta resepi baru tu....hikhikhik

Ok!..lepas tu kita tengok pulak suasana atau juadah raya yang aku lihat/makan masa raya lalu,tp semua tu kita tengok gambar je lah ye..Jom kita lihat gambar2 yang telah aku abadikan dalam 'Memori Lensa Camera ku pada Ramadan dan Syawal lalu.. ;)



 


Puding Oreo



Agar-agar Pelangi




Ni 100% aku reka agak2 dah bosan nasi putih je kan,maka tercipta resepi ni  Acar timun+lobak merah,Ayam madu dengan sos cilinya yg aku reka juga dan dimakan bersama Nasi kurma ciptaanku...aku ingat kalau tambah lg satu lauk pun ok..errmmm...macam kari daging ke??..ha!ok tak rasa2!!.. ;) 


Acar Timun+Lobak Merah



Ayam Bakar Madu Bersama Sos



Nasi Kurma+Acar+Ayam Madu




Ikan Keli Berlado



Kuih Buah Melaka





Popia Sosej Berkeju


Ha! pizza ni 100% buat homemade tau...aku buat ikut apa ada dalam fikiran..rasa!!!ermmm...kata suamiku tepung bawahnya tu perlu di perbaiki,lembutkan lagi katanya..keseluruhan Sedap!!...hikhik
Bolehlahkan untuk percubaan pertama.


Pizza Ayam



 



Pizza Sosej



 


 







Bubur Biji Nangka..warna warni tak?...hikhik





Murtabak Ayam Mini



Mihun Goreng






Big Donut (yang ni pun aku reka buat besar2 kemudian bakar...hikhik)


Rendang Kerang..(Kalau ini resepinya aku dah tulis dalam blog ni,nk tengok sila cari dalam blog ni ye. :)





Apam Beras/Nasi

Ni pun ciptaan akhir ramadan hari tu,suami nak makan chicken chop'..so aku pun imagine..inilah hasilnya...tp tang kentang lenyek tu tercair plak...hikhik..al-maklum baru cuba2...ayam pun aku potong dan buat sendiri.. boleh kata semua ni 100% Homemade juga...hikhik.. ;)






Chicken Chop.