Khamis, 19 September 2013

Menjelang Siang!.


Pagi yang gelap kini sudah terang......
Ha!...pagi ni cuaca indah dan cerah,ini gambar yang sempat aku ambil untuk tatapan anda...
Harap kalian menyukainya!. :)




































Rabu, 18 September 2013

Bunga Itu??..


Sempena cuti Hari Malaysia tempohari,aku pulang ke kampung. Di halaman rumah mak,aku tertarik dengan bunga ini yang sedang berkembang dan tertunduk malu. Bunganya yang berwarna putih sangat cantik di pandang pada pandangan mataku,lalu ku abadikan di lensa camera ku ini untuk tatapan bersama kalian. Sayangnya aku tak tahu pula apa nama bunga ni,Ha!!!...korang tahu tak bunga apa ni??..ce' beritahu seandainya korang tahu!. :)





































*Setakat ini saja untuk kali ini.... ;)

Isnin, 9 September 2013

Percutian Terjah!..


Empat hari sebelum bulan puasa yang lepas aku ada pergi bercuti bersama keluarga,percutian ini tidak dirancang,ini yang dinamakan percutian terjah.Lokasi tempat yang di terjah adalah Port Dickson,Negeri Sembilan.Ha!!!!..dekatkan?..sebab tu aku suka,tak payah nak drive jauh2 kalau dari selangor ni,Lagi pun aku lebih suka di PD (Port Dickson) ni. Walaupun dah banyak kali pergi aku tetap tak jemu,eeemmmm...sebab apa ya tak jemu,agak2 la mungkin juga sebab PD ni tempat kelahiranku,maka bau2 pantai PD tu selalu di hidung dan dihati...hikhikhik..ok tak mau cerita banyak,ni antara gambar yang aku ambil semasa disana..Jom Lihat!!..Tapi tempat penginapan aku lupa le apa namanya...Sorry ye!.  :)
























Klik untuk gambar  My Holiday .
Klik untuk gambar Go Holiday .

Khamis, 5 September 2013

Hujan dan Sarapan.



Pagi ni hujan turun dengan lebatnya,dingin sejuknya la.Baru ingat2 nak layan blog dengan catatan baru tetiba telefone berbuyi.'Hantar anak pergi sekolah',ha!!!ingat dah lepas dah ke sekolah rupa2nya tak lagi.Jadi terpaksa ku redah jua hujan ni nak hantar anak ke sekolah punya pasal,lencun le jawabnya walaupun naik kereta.Dalam perjalanan balik dari hantar anak ke sekolah,dah terlanjur kat luar ni apa lagi 'tapau le sarapan.Bukan selalu beli sarapan pun sesekali apa salahnya kan?..Menu pilihan untuk sarapan pagi ni 'Nasi kerabu ngan rendang ayam'..eh!macam ada yang tak kena je kan??..tp itu le pilihan tekak aku tuk pagi ni.Balik rumah buat air teh hangat sebekas besar sikit...hikhikhik...baru puas hati.

Tapi bila makan nasi tu macam ada yang tak kena ngan lauk ayam rendang tu..emmmm...buat patah selera je...apa nak buat dah nak jadi.Apa pula menu sarapan anda tadi,puas hati??..Agak2 mana tempat nak sarapan yang paling best yang anda telah pergi?.ce'citer..ce'citer!. :)



Klik untuk lihat gambar Hujan dari saya.

Rabu, 4 September 2013

Resepi (Sotong Masak Kunyit)






Ha!...apa menu hari ni,agak2 kekadang  pusing gak kepala nak fikir bagi yang tukang masak ni.Hari ni menu ringkas aku 'Sotong Masak Kunyit'..Nak cuba resepi aku ni,silakan ini cara2nya. :

Bahan2 :

Sotong (Aku guna ni sotong yang comey2 tu)
-Terpulang nak banyak mana nak masak
2@3Sudu besar rempah kurma
1Sudu besar kunyit serbuk
1 Buku bawang besar (Dihiris2)
2Ulas bawang putih (Dihiris2)
Sedikit Halia (Dihiris nipis)
Sekeping asam keping
Garam secukup rasa
Sedikit Air
Minyak untuk menumis



Cara2nya :
  • Sotong digaul bersama garam,kunyit dan rempah kurma terlebih dahulu
  • Masukkan minyak didalam kuali,kemudian tumis bawang merah(Tinggalkan sedikit untuk dimasukkan kemudian),bawang putih dan halia sehingga naik bau dan sedikit garing.
  • Kemudian masukkan sotong yang telah digaul dgn bahan2 lain tadi,kacau hingga sebati.
  • Setelah itu masukkan sedikit air (Agak2 kasi bleh kasi sotong lembut le),kalau tak nak letak air pun takpe dan letak asam keping tadi.
  • Biarkan ia mendidih dan sehingga ia kering,kacau biar tak hangus ye...
  • Bila dah sedikit kering letakkan lebihan bawang besar tadi,gaul dan sedia untuk dihidang.


*Kalau nak gantikan sotong dengan daging pun boleh,Selamat mencuba!!.

Selasa, 3 September 2013

Akhirnya...


Korang ada tanam pokok anggur tak?,
Ada tak buahnya atau pernah berbuah tak?,ke tak menjadi?.
Bukan ape saja nak kongsi kat negara kita Malaysia ni bukan takda pokok anggur ye tak?.
Pasti dah ramai yang tanam,cuma hasilnya je ada ngan takda?

Nak tahu...kat umah mertua aku ada pokok anggur yang mak mertuaku tanam tak lama dulu,bila aku balik tengok nak tak nak je pokok tu hidup,tapi baru2 ni balik pada Ramadhan hari tu,elok je pokoknya.Rupa2nya dah berbuah dan dah masak lagi..tak sempat nak snap gambar buahnya di pokok tu,sebab dah dipetik.Jadi ni gambarnya nak ku kongsikan...Rasanya pun aku tak sempat nak rasa,almaklumlah bulan puasa...bila dah berbuka macam2 masuk,lupa pulak buah anggur ni...hikhikhik,tp kata suamiku masam2 sikit.

Walau apa pun rezeki Allah nak beri walau setangkai,tetap rasa syukur bagi kami.Sekurang2nya nampak gak buahnya/hasilnya..Satu perasaan yang sangat syukur bila mana melihat kurniaan Allah. :)