Khamis, 22 Mei 2014

Kuih Lompang Pandan.




Kuih lompang pandan!!..tu nama di beri,mana asalnya nama tu pun aku tak pasti.Ini kali pertama aku cuba buat kuih ini dan inilah hasilnya.Jadi  jom tengok resepinya.


Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula melaka(yang telah di hancurkan)
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
 4 helai daun pandan
1 Sudu kecil pes pandan


Bahan untuk dimakan bersama kuih:
Kelapa parut yang putih
Garam halus secukup rasa
1 Helai daun pandan
-gaul rata kelapa parut dan garam,masukkan daun pandan yg dipotong kasar dan kukus seketika.


Cara masak :
1. Satukan gula melaka, gula pasir  serta 1 cawan air. Masak  bersama daun pandan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
2. Satukan tepung beras, tepung ubi kayu, air kapur dan 1 cawan air. Gaul sebati. Masukkan air gula yang disejukkan tadi dan kacau lagi hingga sebati semuanya,kemudian masukkan pes pandan tadi dan kacau hingga pes tadi larut/sebati.
3. Panaskan periuk kukusan. Sendukkan bancuhan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 10 minit atau pun sehingga masak.
4. Angkat kuih lompang yang telah masak dan rendam separuh tenggelam dalam air biasa. Tujuannya supaya cepat sejuk dan mudah mengeluarkan lompang dari acuan.
5. Keluarkan lompang dari acuan dengan menggunakan hujung sudu secara berhati-hati. Letakkan kelapa parut di atasnya.

* Satu lagi cara mudah untuk mengeluarkan kuih ini dari acuan adalah ' menyapu acuan lompang dengan sedikit minyak sebelum memasukkan adunan ini juga boleh memudahkan cara pengeluaran kuih dari acuan. Jika anda tidak suka boleh ikut cara yang di atas iaitu merendamnya dalam air supaya sejuk.



SELAMAT MENCUBA!.

Selasa, 20 Mei 2014

Urap Taugeh Bersama Daun Salom.



Urap Taugeh Bersama Daun Salom


Resepi yang diminta ini ialah 'Urap Taugeh Bersama Daun Salom'..ianya sesuai dimakan bersama nasi putih..seperti kita memakan 'kerabu atau sayur2 ulaman.
Bagi yang nak mencuba atau tahu caranya ..ini resepi saya sekadar perkongsian buat anda semua.


Bahan-Bahannya :

2 Genggam taugeh segar (Derendam seketika bersama air panas,jangan terlalu lama ia akan membuatkan taugeh lembut..agak2 biar taugeh sedia ranggup)

2 Ikat daun salom (Di potong-potong,jangan terlalu halus..sedang- sedang je ya)

1/2 Biji kelapa parut (Di goreng tanpa minyak sehingga kuning keemasan)

1 Genggam ikan bilis (Di goreng dan di tumbuk kasar)

2 Sudu besar kerisik



Bahan-Bahan Untuk Di Goreng & Di Tumbuk :

3 Biji cili besar (Merah)
15 Biji cili padi (Jika tak suka pedas boleh kurangkan ye)
1 atau 2 Ulas bawang kecil
Sedikit belacan dan garam secukup rasa
*Kesemua bahan ini di goreng dan di tumbuk lumat.


Cara-caranya :
  • Masukkan kelapa parut yang telah digoreng tadi di dalam satu bekas,kemudian masukkan bahan- bahan yang telah ditumbuk tadi...juga masukkan kerisik gaul rata kesemua bahan tadi supaya tidak berketul-ketul.
  • Kemudian masukkan taugeh dan daun salom gaul rata, balik-balikkan dan akhir sekali taburkan ikan bilis yang telah di goreng dan di tumbuk tadi gaulkan rata ..Dah siap!!!...Mudahkan??..

*Selain taugeh dan daun salom anda juga boleh menggunakan kacang botol,kacang panjang juga daun pengaga untuk resepi ini!.


Jadi Selamat Mencuba!'. :)

Karipap Apam.




Karipap Apam.


 Berinti Kelapa dan Kacang Tanah.


Ha!!...Hari ini aku nak kongsi resepi kuih 'Karipap Apam'...ianya berinti kelapa ditambah dengan kacang tanah yang rangup!..Nak cuba buat?? Jom lihat resepinya!!.. :)




Bahan Untuk kulit :
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 sudu kecil yis kering 
2 sudu gula pasir
Secubit garam
1/2 sudu kecil eno ( peket warna biru )
Beberapa titik warna hijau/merah/kuning (atau apa2 warna kesukaan anda) 


Bahan Untuk Inti :

1/2 biji kelapa parut 
3/4 cawan gula melaka atau gula pasir
1 helai daun pandan 
Segenggam kacang tanah ( digoreng, buang kulit dan ditumbuk kasar )
Beberapa titik warna pink
*aku guna warna asal je, iaitu tak letak pewarna!. :)


Cara - caranya :

1.             Untuk inti:  Masukkan kelapa parut dan gula pasir tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula pasir selama 10-15 minit. Inti akan menjadi berkilat dan angkat. Buang daun pandan tadi.Setelah sejuk campurkan dengan kacang tanah yang telah ditumbuk kasar tadi

2.             Untuk kulit: Satukan 1 cawan tepung,1 cawan air, gula , secubit garam dan 1/2 cawan susu cair ke dalam satu bekas.Kacau dengan whisk hingga larut kesemuanya, masukkan yis dan kacau lagi lagi hingga betul-betul larut. Selepas itu rehatkan adunan tadi selama 1 jam hingga adunan naik. Apabila adunan naik letakkan beberapa titik warna hijau. Selepas itu letakkan 1/2 sudu teh eno ke dalam adunan yang telah naik tadi dan kacau hingga buih pada adunan tadi mengecil.

3.   Panaskan pan non-stick, letakkan sedikit minyak(atau oleskan je minyak menggunakan daun pandan yg dicarik2) dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan diatas pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus letakkan pada acuan karipap dan masukkan inti

4.         Untuk mengelakkan kulit daripada melekat pada acuan karipap letakkan sedikit minyak pada gigi acuan karipap agar mudah dikeluarkan dan tidak koyak.


5. Ulangi sehingga adunan habis dan selepas itu bolehlah dimakan..nyammm..nyamm!!!... ;)

'Selamat Mencuba!..

Jumaat, 16 Mei 2014

Good Morning!.




This morning I look out the window, radiating of bright sunshine and beautiful.So I keep In 'Memori Dari Lensaku for our collective viewing by,Hope you like it!.
























All Photo By :Zie Zaini


&



Sabtu, 10 Mei 2014

Malam.






Malam...
Sesekali ku berasa tenang,
Melihat hitam seluruh alam,
Ditemani cahaya bulan mengambang.

Malam..
Hari mu kian suram,
Pandangan ku makin kelam,
Sinaran bulan sudah menghilang,
Dilindungi awan yang menghitam.

Malam...
Di jendela ku lihat alam,
Bersama angin yang mendatang,
Menyapa pipi ku bersama sayang,
Seakan dikau akan menghilang.

Malam...
Hadirmu hanya seketika,
Kala waktu bermimpi indah,
Merehatkan daku sebelum terjaga,
Kerana tiba saatnya kau pergi jua,
Bersama waktu siang pengganti masa.

Malam...
Walau itu terjadi kau ku nanti jua,
Bersama dingin angin senja,
Merehatkan mata juga semua deria,
Moga esok kita kan bersua.


'SELAMAT MALAM'.

-ZieZaini-





Jumaat, 9 Mei 2014

"Mak!!..(Mother!!..)




Wajah KesayanganKu 'Dia Ibu Ku'.


Mak,Ibu,Mok,Mama,Mummy,Umi,Mom,Mek dan macam -macam lagi panggilan untuk Mak iaitu insan yang melahirkan kita ke dunia ini,dengan kesakitan yang dialaminya semasa melahirkan tak dapat digambarkan dengan kata2.Sebagai seorang wanita setelah kita alami baru kita tahu susah payahnya melahirkan,jadi hari ini aku nak bercerita tentang Insan yang sangat aku sayangi tiada galang gantinya iaitu 'Mak.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana,sedari kecil aku telah didik supaya lebih berdikari lebih-lebih lagi aku anak sulong didalam keluarga.Zaman persekolahku tidak seindah kanak-kanak / remaja zaman sekarang.Bagi ku Mak seorang yang sangat garang yang sering merotan/memukulku jika aku membuat salah,walaupun kesalahan itu hanya kesalahan kecil bagi ku.Dari zaman sekolah  aku telah membuat kerja rumah sendiri seperti membasuh pakaian,menggosok pakaian,mencuci pinggan,memasak,mengemas rumah,menyapu halaman dan sebagainya.Kekadang tanganku tak daya memegang pinggan yang telah di basuh,di sebabkan licin pinggan jatuh dan pecah.Setiap kali aku memecahkan pinggan/cawan/gelas aku akan dengar jeritan Mak 'Ha!apa tu??..dan masa ni aku bersiap sedia untuk lari pecut(larilah sebab nak kena rotan) Mak akan mencapai apa sahaja yang dia dapat rotan,pembaris,tali pinggang,getah paip,kayu semuanya pernah hinggap di badanku bila Mak marah.Tapi aku tetap tak jadi Pelari pecut pun,sebab Mak selalu berjaya merotanku...hikhikhik..

Setalah marah Mak reda,Mak akan memanggilku dan memelukku lalu menyapu ubat pada kesan-kesan rotan yang telah dia buat di badanku.Aku menangis sendirian sampai pada suatu ketika aku berkata di dalam hati'terukkah sangatkah aku..adakah itu memang Mak aku atau aku ini bukan anaknya..anak pungutkah aku??..persoalan itu selalu bermain di minda ku setiap kali Mak memukul ku.Bila cuti sekolah aku hanya duduk dirumah buat kerja harian mencuci,mengemas,memasak dan tiada pengalaman bercuti ke sana kesini(ha!ada sekali tu pun dapat pergi rumah bapa saudaraku di Kuala Lumpur,seronok masa tu maklumlah bukan dapat selalu jalan-jalan).Bila nak duit lebih kenalah tolong Ayah diladang kutip buah sawit,tolak buah sawit,pungut buah koko,kutip lantun,jaga burung disawah padi,jual sayur-sayuran dari rumah kerumah semua itu pernah ku lakukan untuk wang saku.Kalau di sekolah pula aku dilarang bergaul dengan rakan- rakan Lelaki,bila dapat surat  dari peminat-peminat(Cehhhh!!!..ada peminat ke?..hikhikhik)aku akan sorok supaya mak/ayah tak tahu (takut kena marah/bicara nanti ooo),tapi adakalanya aku sorok tu tak menjadi terbongkar jua mak ayah lagi pandai cari...huhuhu..maka aku akan di bicarakan dan di beri amaran.emmm..

Semua tak boleh itu tak boleh,ini tak boleh..ku turutkan aje kata Mak,bila dah dewasa dan bekerja adakalanya aku sedari aku ada menghiris hati Mak,bila itu terjadi aku akan cepat- cepat minta maaf dengan Mak.Kerana aku tak sampai hati tengok mak sedih.Bila balik kampung selama mana pun,nanti balik ke bandar semula mak akan tanya 'bila nak balik?'padahal aku baru je sampai dari kampung.Bila dah dewasa ni pernah aku pecah gelas lalu aku lihat Mak dan berkata 'Mak!!..gelas pecah!..jawab Mak 'Pergilah buang'..aku bertanya lagi 'Cepat mak orang dah 'standby' ni nak lari',selalukan bila orang pecahkan pinggan mangkuk mak akan kejar keliling rumah'....Maka jawab Mak 'Itu dulu!!..masa tu hidup susah!..Emmm...Itulah Mak segarang-garang Mak..Mak tetap ambil kisah hal aku hingga kini walaupun aku dah berumahtangga dan mempunyai tiga orang cahayamata,Mak masih ambil tahu apa yang aku kurang/takda dari barang dapur hingga ke pakaian kecilku .Bila aku nyatakan aku teringin sesuatu mak akan belikan ..Kuali,periuk,timbang buat kuih,mangkuk,walaupun alat solek,pakaian dalam pun kekadang Mak masih belikan untuk aku walaupun aku tak minta.Begitu perihatin dan sayangnya Mak pada aku.

Dan semua itu aku sedari kerana Mak sayangkan aku,apa yang dia marah,larang dulu pasti bersebab.Aku dah tak pernah fikir lagi apa yang aku fikir dulu 'Adakah aku anak pungut?'..yang pasti aku tahu aku anak Mak dan Mak sayangkan Aku,begitu juga aku 'Sayangkan Mak sampai bila-bila Dia tetap Ibuku'tanpa dendam dihati.Jadi kepada semua sebaik atau seburuk mana pun Ibu/Mak kita mereka adalah syurga buat kita dan segala-galanya bagi kita,sayangi dan hargai Mak selagi ada dan bila Mak tiada doakanya kerana doa kalian itu peninggalannya.KERANA DIA IBUMU DAN JANGAN DI SIA-SIAkan DAN KEPADA MAK 'SELAMAT HARI IBU MAAFKAN SEGALA KESALAHAN DAN KETELANJURAN KATA SEANDAINYA ADA MEGHIRIS PERASAANMU, MOGA MAK SIHAT SENTIASA DAN DALAM LINDUNGAN ALLAH SELALU' -ALONG SAYANG MAK '.MUAHHHHH!!!..MUAHHHH!!!!.. :

Selamat Hari Ibu...Mak!!..



Tak lupa juga buat Ibu Mertuaku yang sangat-sangat baik,aku bersyukur mendapat ibu mertua sebaik dia.Yang banyak bersabar dengan ku selama mana aku bergelar menantunya.Aku akui aku seorang pelakon yang baik jika di kehendaki,tetapi didalam ikatan kekeluargaan 'Aku Adalah Aku'tiada lakonan dan aku tak pandai berpura-pura terutama di depan seorang ibu.Jadi segala kekurangan ku diterima seadanya dan segala nasihat dan tunjuk ajar darinya aku turuti kerana dia masih juga Ibu ku.Buat Mok 'Maafkan segala kekurangan atau apa-apa perkataan dari Zie yang membuatkan mok terasa,sesungguhnya zie tidak pernah ingin melukakan Mok.Mok adalah Mok yang terbaik buat anak Mok juga menantu Mok!,'Zie Sayang Mok moga Mok sentiasa dilindungi ALLAH selalu dan berbahagia sentiasa.



Ibu Mertuaku.
"Selamat hari Ibu Mok dan Happy Birthday".
*(Kebetulan Birthday Mok Jatuh dalam bulan mei juga)


Buat Ibu - ibu saudaraku dan Ibu angkatku kalian juga adalah seorang Insan yang bergelar Ibu,walaupun dimana kalian berada dan  kita jarang bertemu kalian tetap dalam ingatan juga dalam doaku.Buat semua ibu-ibu di dunia ini 'Selamat Hari Ibu'-Kalian adalah yang terbaik!.LOVE YOU ALL ALWAYS!.








Kasihnya Ibu..




Coretanku -ZieZaini.

Rabu, 7 Mei 2014

Rendang Kerang (Cili Padi).




Hari ni resepi 'Rendang Kerang'...eh! tahu dah!!...Emmm... pasti di kalangan anda ramai yang tahu cara nak buatkan??..Takpa sekadar berkongsi tak salahkan?..Jadi kepada yang nak mencuba atau nak tengok sama tak resepi kita,silakan!!..hikhikhik ;)



Bahan-Bahannya :
1   Kilo Kerang   ( di rebus dan di ambil isinya)
1   Biji Kelapa     (di ambil santannya dengan sekali perahan)
1   Helai Daun Kunyit (dihiris halus)
-Kalau takda daun kunyit letak daun limau purut pun boleh
2   Sudu Besar Kerisik
Garam secukup rasa 
Sekeping Asam keping
Sedikit Gula Pasir (jika perlu)
Minyak masak untuk menumis


Bahan Untuk Dikisar :
20 Tangkai Cili Padi ( boleh tambah atau kurangkan)
4   Ulas Bawang Kecil
2   Ulas Bawang Putih
2   Batang Serai
Seinci halia
Seinci Kunyit Hidup/Sedikit Kunyit Serbuk
Seinci Lengkuas



Cara-Caranya :
  • Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan2 yang telah dikisar tadi sehingga naik bau dan sedikit kering/garing..
  • Masukkan asam keping dan isi kerang yang telah di rebus tadi,gaul hingga rata.
  • Kemudian masukkan santan kacau rata..masukkan kerisik,garam kacau lagi..
  • Biarkan mendidih dan kacau lagi sehingga kuah/santan kering/naik minyak.
  • Masukkan daun kunyit/daun limau purut yang telah dihiris tadi,gaul rata dan bila dah agak kering seperti rendang biasa boleh lah diangkat dan di hidangkan.


*Macam mana sama tak??..senang je kan?...Selamat Mencuba!'. :)