Selasa, 20 Mei 2014

Karipap Apam.




Karipap Apam.


 Berinti Kelapa dan Kacang Tanah.


Ha!!...Hari ini aku nak kongsi resepi kuih 'Karipap Apam'...ianya berinti kelapa ditambah dengan kacang tanah yang rangup!..Nak cuba buat?? Jom lihat resepinya!!.. :)




Bahan Untuk kulit :
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 sudu kecil yis kering 
2 sudu gula pasir
Secubit garam
1/2 sudu kecil eno ( peket warna biru )
Beberapa titik warna hijau/merah/kuning (atau apa2 warna kesukaan anda) 


Bahan Untuk Inti :

1/2 biji kelapa parut 
3/4 cawan gula melaka atau gula pasir
1 helai daun pandan 
Segenggam kacang tanah ( digoreng, buang kulit dan ditumbuk kasar )
Beberapa titik warna pink
*aku guna warna asal je, iaitu tak letak pewarna!. :)


Cara - caranya :

1.             Untuk inti:  Masukkan kelapa parut dan gula pasir tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula pasir selama 10-15 minit. Inti akan menjadi berkilat dan angkat. Buang daun pandan tadi.Setelah sejuk campurkan dengan kacang tanah yang telah ditumbuk kasar tadi

2.             Untuk kulit: Satukan 1 cawan tepung,1 cawan air, gula , secubit garam dan 1/2 cawan susu cair ke dalam satu bekas.Kacau dengan whisk hingga larut kesemuanya, masukkan yis dan kacau lagi lagi hingga betul-betul larut. Selepas itu rehatkan adunan tadi selama 1 jam hingga adunan naik. Apabila adunan naik letakkan beberapa titik warna hijau. Selepas itu letakkan 1/2 sudu teh eno ke dalam adunan yang telah naik tadi dan kacau hingga buih pada adunan tadi mengecil.

3.   Panaskan pan non-stick, letakkan sedikit minyak(atau oleskan je minyak menggunakan daun pandan yg dicarik2) dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan diatas pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus letakkan pada acuan karipap dan masukkan inti

4.         Untuk mengelakkan kulit daripada melekat pada acuan karipap letakkan sedikit minyak pada gigi acuan karipap agar mudah dikeluarkan dan tidak koyak.


5. Ulangi sehingga adunan habis dan selepas itu bolehlah dimakan..nyammm..nyamm!!!... ;)

'Selamat Mencuba!..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan