Wajah KesayanganKu 'Dia Ibu Ku'.
Mak,Ibu,Mok,Mama,Mummy,Umi,Mom,Mek dan macam -macam lagi panggilan untuk Mak iaitu insan yang melahirkan kita ke dunia ini,dengan kesakitan yang dialaminya semasa melahirkan tak dapat digambarkan dengan kata2.Sebagai seorang wanita setelah kita alami baru kita tahu susah payahnya melahirkan,jadi hari ini aku nak bercerita tentang Insan yang sangat aku sayangi tiada galang gantinya iaitu 'Mak.
Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana,sedari kecil aku telah didik supaya lebih berdikari lebih-lebih lagi aku anak sulong didalam keluarga.Zaman persekolahku tidak seindah kanak-kanak / remaja zaman sekarang.Bagi ku Mak seorang yang sangat garang yang sering merotan/memukulku jika aku membuat salah,walaupun kesalahan itu hanya kesalahan kecil bagi ku.Dari zaman sekolah aku telah membuat kerja rumah sendiri seperti membasuh pakaian,menggosok pakaian,mencuci pinggan,memasak,mengemas rumah,menyapu halaman dan sebagainya.Kekadang tanganku tak daya memegang pinggan yang telah di basuh,di sebabkan licin pinggan jatuh dan pecah.Setiap kali aku memecahkan pinggan/cawan/gelas aku akan dengar jeritan Mak 'Ha!apa tu??..dan masa ni aku bersiap sedia untuk lari pecut(larilah sebab nak kena rotan) Mak akan mencapai apa sahaja yang dia dapat rotan,pembaris,tali pinggang,getah paip,kayu semuanya pernah hinggap di badanku bila Mak marah.Tapi aku tetap tak jadi Pelari pecut pun,sebab Mak selalu berjaya merotanku...hikhikhik..
Setalah marah Mak reda,Mak akan memanggilku dan memelukku lalu menyapu ubat pada kesan-kesan rotan yang telah dia buat di badanku.Aku menangis sendirian sampai pada suatu ketika aku berkata di dalam hati'terukkah sangatkah aku..adakah itu memang Mak aku atau aku ini bukan anaknya..anak pungutkah aku??..persoalan itu selalu bermain di minda ku setiap kali Mak memukul ku.Bila cuti sekolah aku hanya duduk dirumah buat kerja harian mencuci,mengemas,memasak dan tiada pengalaman bercuti ke sana kesini(ha!ada sekali tu pun dapat pergi rumah bapa saudaraku di Kuala Lumpur,seronok masa tu maklumlah bukan dapat selalu jalan-jalan).Bila nak duit lebih kenalah tolong Ayah diladang kutip buah sawit,tolak buah sawit,pungut buah koko,kutip lantun,jaga burung disawah padi,jual sayur-sayuran dari rumah kerumah semua itu pernah ku lakukan untuk wang saku.Kalau di sekolah pula aku dilarang bergaul dengan rakan- rakan Lelaki,bila dapat surat dari peminat-peminat(Cehhhh!!!..ada peminat ke?..hikhikhik)aku akan sorok supaya mak/ayah tak tahu (takut kena marah/bicara nanti ooo),tapi adakalanya aku sorok tu tak menjadi terbongkar jua mak ayah lagi pandai cari...huhuhu..maka aku akan di bicarakan dan di beri amaran.emmm..
Semua tak boleh itu tak boleh,ini tak boleh..ku turutkan aje kata Mak,bila dah dewasa dan bekerja adakalanya aku sedari aku ada menghiris hati Mak,bila itu terjadi aku akan cepat- cepat minta maaf dengan Mak.Kerana aku tak sampai hati tengok mak sedih.Bila balik kampung selama mana pun,nanti balik ke bandar semula mak akan tanya 'bila nak balik?'padahal aku baru je sampai dari kampung.Bila dah dewasa ni pernah aku pecah gelas lalu aku lihat Mak dan berkata 'Mak!!..gelas pecah!..jawab Mak 'Pergilah buang'..aku bertanya lagi 'Cepat mak orang dah 'standby' ni nak lari',selalukan bila orang pecahkan pinggan mangkuk mak akan kejar keliling rumah'....Maka jawab Mak 'Itu dulu!!..masa tu hidup susah!..Emmm...Itulah Mak segarang-garang Mak..Mak tetap ambil kisah hal aku hingga kini walaupun aku dah berumahtangga dan mempunyai tiga orang cahayamata,Mak masih ambil tahu apa yang aku kurang/takda dari barang dapur hingga ke pakaian kecilku .Bila aku nyatakan aku teringin sesuatu mak akan belikan ..Kuali,periuk,timbang buat kuih,mangkuk,walaupun alat solek,pakaian dalam pun kekadang Mak masih belikan untuk aku walaupun aku tak minta.Begitu perihatin dan sayangnya Mak pada aku.
Dan semua itu aku sedari kerana Mak sayangkan aku,apa yang dia marah,larang dulu pasti bersebab.Aku dah tak pernah fikir lagi apa yang aku fikir dulu 'Adakah aku anak pungut?'..yang pasti aku tahu aku anak Mak dan Mak sayangkan Aku,begitu juga aku 'Sayangkan Mak sampai bila-bila Dia tetap Ibuku'tanpa dendam dihati.Jadi kepada semua sebaik atau seburuk mana pun Ibu/Mak kita mereka adalah syurga buat kita dan segala-galanya bagi kita,sayangi dan hargai Mak selagi ada dan bila Mak tiada doakanya kerana doa kalian itu peninggalannya.KERANA DIA IBUMU DAN JANGAN DI SIA-SIAkan DAN KEPADA MAK 'SELAMAT HARI IBU MAAFKAN SEGALA KESALAHAN DAN KETELANJURAN KATA SEANDAINYA ADA MEGHIRIS PERASAANMU, MOGA MAK SIHAT SENTIASA DAN DALAM LINDUNGAN ALLAH SELALU' -ALONG SAYANG MAK '.MUAHHHHH!!!..MUAHHHH!!!!.. :
Selamat Hari Ibu...Mak!!..
Tak lupa juga buat Ibu Mertuaku yang sangat-sangat baik,aku bersyukur mendapat ibu mertua sebaik dia.Yang banyak bersabar dengan ku selama mana aku bergelar menantunya.Aku akui aku seorang pelakon yang baik jika di kehendaki,tetapi didalam ikatan kekeluargaan 'Aku Adalah Aku'tiada lakonan dan aku tak pandai berpura-pura terutama di depan seorang ibu.Jadi segala kekurangan ku diterima seadanya dan segala nasihat dan tunjuk ajar darinya aku turuti kerana dia masih juga Ibu ku.Buat Mok 'Maafkan segala kekurangan atau apa-apa perkataan dari Zie yang membuatkan mok terasa,sesungguhnya zie tidak pernah ingin melukakan Mok.Mok adalah Mok yang terbaik buat anak Mok juga menantu Mok!,'Zie Sayang Mok moga Mok sentiasa dilindungi ALLAH selalu dan berbahagia sentiasa.
Ibu Mertuaku.
"Selamat hari Ibu Mok dan Happy Birthday".
*(Kebetulan Birthday Mok Jatuh dalam bulan mei juga)
Buat Ibu - ibu saudaraku dan Ibu angkatku kalian juga adalah seorang Insan yang bergelar Ibu,walaupun dimana kalian berada dan kita jarang bertemu kalian tetap dalam ingatan juga dalam doaku.Buat semua ibu-ibu di dunia ini 'Selamat Hari Ibu'-Kalian adalah yang terbaik!.LOVE YOU ALL ALWAYS!.
Kasihnya Ibu..
Coretanku -ZieZaini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan