Isnin, 4 Julai 2011

Ayah Oh Ayah!.


Segalanya bermula.......
Pagi semalam(03-07-2011) aku gerak balik kampung bila dapat berita kepala ayahku dijahit gara-gara Pisau Getah,segala urusan lain dan tetamu yang ingin bertandang ke rumah terpaksa aku batalkan & mohon maaf kepada yang berkenaan. Sampai di rumah(kampung) ayahku tiada,dia masih lagi meneruskan pekerjaan seharianya dikebun,ambil ikan talapia untuk tempahan dari orang setempat.Aku risau menanti, tambahan pula adikku telefon pagi tadi berkata kelmarin pun lepas kepalanya dijahit ayah masih ke kebun meneruskan kerja-kerjanya walaupun darah masih mengalir dijahitan,aku sebak dan khuatir apa - apa berlaku pada ayah!.Dah lama ku tunggu ayah masih belum pulang lalu aku telefon ayah,panggilan pertama tidak dijawab,aku cuba  sekali lagi..huhhh..ada jawapan dari ayah.Aku lega!kata ayah dia sedang menyiang ikan yang ditempah dan akan pulang sebentar lagi.

Aku tunggu ayah dengan sabar,tak lama kemudian ayah sampai..aku tanya apa yang terjadi sebenarnya dan ayah menceritakan perkara sebenar..tetapi sekejep sahaja ayah dirumah,kemudian ayah keluar lagi,aku tanya hendak kemana lagi.Ayah kata nak ke kebun pisang pula nak ambil pisang,aku tahu tujuannya kesana pasti nak ambil pisang untuk aku bawa pulang.Kerana aku akan pulang ke rumahku petang itu juga,aku menunggu lagi kepulangan ayah....

Tak lama kemudian ayah pulang..tadi dia bawa Ikan Talapia untuk aku,kali ini 3..4..tandan pisang pula untuk aku bawa pulang,perghhh!!!!banyak pisang ni aku nak buat ape..ingat2 nanti aku berhenti kat highway jual pisang...heheheheh.Setelah ayah duduk aku melihat jahitan di kepalanya,perasaan ngeri,sedih dan sebak menyelubungi aku.Kasihan ayah pasti sakit sangat..katanya sekeping kulit kepalanya telah hilang akibat terkena Pisau Getah itu,jadi bila hendak jahit ianya terpaksa ditarik terik dan dijahit tanpa bius!.Aku dapat rasakan kesakitannya..

Bila aku ingat2 balik ayah pernah ceritakan baru-baru ini ada orang telah mencuri Getahnya(Lantun),tapi orang itu belum dapat ditangkap..yang nyata orang itu tinggal dikampung berdekatan dengan tempat tinggal ayah.Hasil dari curiannya itu ayah kata kalau dijual boleh mendapat dalam RM200+,aku rasa geram dan marah kenapa orang seperti ayah penat-penat mencari rezeki dan berusaha dengan gigih demi rezeki yang halal sampai cedera sana sini,ada pula orang yang berusaha tapi dengan cara yang salah iaitu mencuri..Ayah sampai begini orang berkenaan tanpa susah,cuma mungkin susah sikit sebab senyap-senyap buat kerja curi..mencuri hasil penat lelah ayah. Aku harap orang itu dapat pengajarannya kelak walaupun tidak didunia ini,akhirat nanti pasti!..Buat ayah aku mendoakan kesihatannya yang berpanjangan dan luka itu akan sembuh walau mungkin meniggalkan parut.Aku tetap bangga dengan ayah walaupun penat-penat dikebun,apabila pulang dia akan buat keja rumah pula.Kerana emakku tak berapa sihat/kuat.Walaupun agak terlewat aku ucapkan'SELAMAT HARI BAPA buat AYAH!..ALONG SAYANG AYAH!.. :-)