Sabtu, 29 September 2012

Al-Kisah!.

Misteri
Jam menunjukkan pukul 1.30pagi,Angin sepoi-sepoi meniup ke muka ku.Aku masih lagi menghadap komputer dari tadi,setelah agak lama melihat 'screen komputer aku megalihkan pandanganku ke luar jendela.Alangkah terkejutnya aku apabila ku lihat satu objek putih di tepi jalan itu,aku terus memalingkan muka menghadap komputerku semula.Apabila agak reda ku pandang semula ke luar jendela,ke arah tepi jalan tadi.Ku lihat betul-betul pada objek tadi,Oouuhhhh!!...siapalah buang sampah kat tepi jalan ni?..buat terkejut aku jer..hikhikhik


Kisah Cinta Berakhir...
Pada suatu petang tu ...aku tengah masak pengat nangka + tepung pulut,setelah siap ku isi didalam pinggan.Dengan harapan tak sabo nak makan.Ketika masih hangat ku bawa sepinggan pengat ke meja makan,setiba sahaja dimeja makan ku letakkan pengat itu...terletak sahaja pinggan d'meja...plupppp!!!!....
        Eh!ape ni??''kataku'...ku lihat....dua ekor lalat telah mati serta merta dalam pengat hangatku!...arghhhh!!!!..........'kenapalah ko mati dalam pengat aku....nak bunuh diri pun cari le tempat lain... Inilah Kisah Cinta Si Lalat...aku rasa la'kan dua ekor lalat ni telah berjanji tuk 'Sehidup Semati!.Ape kata ko'rang???.....



Nasib Si Kucing!.
Hari ini panas terik,esok lusa tak tahu lagi.Agak2 itulah sebab kucing ini duduk kat dalam pasu bunga ni,sejuk sikit rasanya'Sambil merenung masa depannya.
Aku biasa aje!terkadang sibuk,terkadang terlebih masa.Tapi tak bermakna aku harus leka,hidup ini tiada siapa yang tahu mana hujung akhirnya nanti.
Pernah suatu ketika sedang aku memandu pulang ke kampung,aku terlihat seekor kucing ditengah jalan yang terduduk dengan muka kasihan.Kenderaan yang banyak di tengah jalan ke sana -sini,tetapi si kucing masih tidak berganjak dari situ.
      Seimbas lalu ku perhatikan mungkin si kucing telah dilanggar kenderaan,sebab itulah jua dia tidak berganjak dari tengah jalan.Kasihan si kucing termengah-mengah ditengah jalan,dengan muka mengharap belas ihsan.Dalam hatiku berharap agar ada yang perasan,moga kucing dapat diselamatkan!.




*emmm....aku masih dalam tanda tanya, sama ada kucing itu selamat atau tidak??..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan