Bahan2 :
Sotong (Aku guna ni sotong yang comey2 tu)
-Terpulang nak banyak mana nak masak
2@3Sudu besar rempah kurma
1Sudu besar kunyit serbuk
1 Buku bawang besar (Dihiris2)
2Ulas bawang putih (Dihiris2)
Sedikit Halia (Dihiris nipis)
Sekeping asam keping
Garam secukup rasa
Sedikit Air
Minyak untuk menumis
Cara2nya :
- Sotong digaul bersama garam,kunyit dan rempah kurma terlebih dahulu
- Masukkan minyak didalam kuali,kemudian tumis bawang merah(Tinggalkan sedikit untuk dimasukkan kemudian),bawang putih dan halia sehingga naik bau dan sedikit garing.
- Kemudian masukkan sotong yang telah digaul dgn bahan2 lain tadi,kacau hingga sebati.
- Setelah itu masukkan sedikit air (Agak2 kasi bleh kasi sotong lembut le),kalau tak nak letak air pun takpe dan letak asam keping tadi.
- Biarkan ia mendidih dan sehingga ia kering,kacau biar tak hangus ye...
- Bila dah sedikit kering letakkan lebihan bawang besar tadi,gaul dan sedia untuk dihidang.
*Kalau nak gantikan sotong dengan daging pun boleh,Selamat mencuba!!.
Hmmmmm nampak sedap..teringin nak mencuba..sebelum ni buat tak letak rempah kurma...
BalasPadamHa!cuba kak kalau nak pedas boleh letak hirisan atau belah dua cili padi...nak gantikan sotong dengan ayam atau daging pun boleh juga.Resepi yang direka sendiri kak tgk org masak goreng kunyit,tp zie tak pernah buat,jadi terhasil resepi ni.hikhikhik...'Selamat Mencuba!. :)
BalasPadam