Khamis, 5 September 2013

Hujan dan Sarapan.



Pagi ni hujan turun dengan lebatnya,dingin sejuknya la.Baru ingat2 nak layan blog dengan catatan baru tetiba telefone berbuyi.'Hantar anak pergi sekolah',ha!!!ingat dah lepas dah ke sekolah rupa2nya tak lagi.Jadi terpaksa ku redah jua hujan ni nak hantar anak ke sekolah punya pasal,lencun le jawabnya walaupun naik kereta.Dalam perjalanan balik dari hantar anak ke sekolah,dah terlanjur kat luar ni apa lagi 'tapau le sarapan.Bukan selalu beli sarapan pun sesekali apa salahnya kan?..Menu pilihan untuk sarapan pagi ni 'Nasi kerabu ngan rendang ayam'..eh!macam ada yang tak kena je kan??..tp itu le pilihan tekak aku tuk pagi ni.Balik rumah buat air teh hangat sebekas besar sikit...hikhikhik...baru puas hati.

Tapi bila makan nasi tu macam ada yang tak kena ngan lauk ayam rendang tu..emmmm...buat patah selera je...apa nak buat dah nak jadi.Apa pula menu sarapan anda tadi,puas hati??..Agak2 mana tempat nak sarapan yang paling best yang anda telah pergi?.ce'citer..ce'citer!. :)



Klik untuk lihat gambar Hujan dari saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan