Jumaat, 28 Februari 2014

Angin Bayu!.



Angin bayu meniup lembut ke pipiku,
bertanya khabar tentang diriku,
adakah aku masih disitu,
menunggu khabar berita darimu.


Kupendam duka sepi dan rindu,
Bagaikan purnama terang diam membisu,
Cuma membias cahaya nan satu,
Agar terang isi hatiku.

Sepi hati tatkala rindu,
Angin bayu masih menyapaku,
Adakah engakau setia lagi padaku,
Menyambut rindu rasa hati ku.

Lama ku menunggu jawapan darimu,
Angin bayu juga berlalu,
Terusik kata hatiku,
Mungkinkah kau telah pergi meninggalkan aku..
Angin Bayu..
..Zie'... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan