Segalanya bermula.......
Pagi semalam(03-07-2011) aku gerak balik kampung bila dapat berita kepala ayahku dijahit gara-gara Pisau Getah,segala urusan lain dan tetamu yang ingin bertandang ke rumah terpaksa aku batalkan & mohon maaf kepada yang berkenaan. Sampai di rumah(kampung) ayahku tiada,dia masih lagi meneruskan pekerjaan seharianya dikebun,ambil ikan talapia untuk tempahan dari orang setempat.Aku risau menanti, tambahan pula adikku telefon pagi tadi berkata kelmarin pun lepas kepalanya dijahit ayah masih ke kebun meneruskan kerja-kerjanya walaupun darah masih mengalir dijahitan,aku sebak dan khuatir apa - apa berlaku pada ayah!.Dah lama ku tunggu ayah masih belum pulang lalu aku telefon ayah,panggilan pertama tidak dijawab,aku cuba sekali lagi..huhhh..ada jawapan dari ayah.Aku lega!kata ayah dia sedang menyiang ikan yang ditempah dan akan pulang sebentar lagi.
Aku tunggu ayah dengan sabar,tak lama kemudian ayah sampai..aku tanya apa yang terjadi sebenarnya dan ayah menceritakan perkara sebenar..tetapi sekejep sahaja ayah dirumah,kemudian ayah keluar lagi,aku tanya hendak kemana lagi.Ayah kata nak ke kebun pisang pula nak ambil pisang,aku tahu tujuannya kesana pasti nak ambil pisang untuk aku bawa pulang.Kerana aku akan pulang ke rumahku petang itu juga,aku menunggu lagi kepulangan ayah....
Tak lama kemudian ayah pulang..tadi dia bawa Ikan Talapia untuk aku,kali ini 3..4..tandan pisang pula untuk aku bawa pulang,perghhh!!!!banyak pisang ni aku nak buat ape..ingat2 nanti aku berhenti kat highway jual pisang...heheheheh.Setelah ayah duduk aku melihat jahitan di kepalanya,perasaan ngeri,sedih dan sebak menyelubungi aku.Kasihan ayah pasti sakit sangat..katanya sekeping kulit kepalanya telah hilang akibat terkena Pisau Getah itu,jadi bila hendak jahit ianya terpaksa ditarik terik dan dijahit tanpa bius!.Aku dapat rasakan kesakitannya..
Bila aku ingat2 balik ayah pernah ceritakan baru-baru ini ada orang telah mencuri Getahnya(Lantun),tapi orang itu belum dapat ditangkap..yang nyata orang itu tinggal dikampung berdekatan dengan tempat tinggal ayah.Hasil dari curiannya itu ayah kata kalau dijual boleh mendapat dalam RM200+,aku rasa geram dan marah kenapa orang seperti ayah penat-penat mencari rezeki dan berusaha dengan gigih demi rezeki yang halal sampai cedera sana sini,ada pula orang yang berusaha tapi dengan cara yang salah iaitu mencuri..Ayah sampai begini orang berkenaan tanpa susah,cuma mungkin susah sikit sebab senyap-senyap buat kerja curi..mencuri hasil penat lelah ayah. Aku harap orang itu dapat pengajarannya kelak walaupun tidak didunia ini,akhirat nanti pasti!..Buat ayah aku mendoakan kesihatannya yang berpanjangan dan luka itu akan sembuh walau mungkin meniggalkan parut.Aku tetap bangga dengan ayah walaupun penat-penat dikebun,apabila pulang dia akan buat keja rumah pula.Kerana emakku tak berapa sihat/kuat.Walaupun agak terlewat aku ucapkan'SELAMAT HARI BAPA buat AYAH!..ALONG SAYANG AYAH!.. :-)
Dah dua tiga kali Mak aku call hari ni,dengan pertanyaan
'bila nak balik makan Dian(Durian)?..emmmm...aku pun
bertanya sendiri"bila aku dapat balik makan
dian?????..Tinggalkan daku c'kit,aku pasti balik!.
Tapi dalam pada itu ada yang merungsingkan kepala otak
aku,mak aku beritahu Ladang Ayahku diceroboh lagi!.
Kali ini pencuri itu mengambil 2/3 kampit
baja dan Lantun(Getah),bukan itu saja pondok usang
ayah diladang juga diceroboh dalam erti kata lain di pecah
masuk..barang yang hilang pula Pisau,duit syiling yg
Ayahku kumpul sekian lama dengan bekas2 dibawa
lari!,Ikan Talapia yg ayahku bela dikolam juga telah di
tangguk ada lagi tapi tidak dapatku pastikan apa..
Aku jadi marah,sedih,kelu dengan semua ini'adakah ini
dugaan bagi Ayahku yang separuh umur..dengan usia yang
begini bekerja keras untuk sesuap nasi bagi anak dan
isteri,masih ada yang tak sedar diri berkali-kali melakukan
perkara yang tidak bertanggungjawab!.Aku faham dengan
keadaan Ayah yang bukan dari golongan orang
senang(Kaya),Tapi ayah berusaha sendiri tanpa
mengharapkan anak2 dan isteri.Sesekali ada Ayah cuba
mencari melalui anak2 yang besar ini,tetapi tak semua
anak dapat membantu,ayah tidak pernah merungut
sebaliknya berusaha sedaya yang boleh!.
Kekadang aku hampa kerana tidak dapat membantu
ayah,tapi aku tahu ayah memahamiku!Ayah juga terpaksa
berjaga diladang gara2 hendak memerhati si
pencuri,sehingga pulang lewat pagi..apakah ini nasib
seorang peladang yang membanting tulang?.Aku kelu
lagi!..AYAH ku harap kau tabah,Allah sentiasa
menemanimu!..Aku seorang anak yang sangat
menyayangimu,semoga kau tidak putus asa dan terus
berusaha!.

Nukilan dari seorang anak..ZieZaini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan