Resepi Kuih - Muih!.




Pan Cake.
Sesuai untuk sarapan pagi anda atau untuk minum petang,enak dimakan sapukan bersama planta,jem,kaya,madu dll...jom tengok resepinya :

Bahan2 :
1 Cawan tepung gandum
1 Sudu kecil baking powder
1 Biji Telur
1 Cawan susu segar
3 Sudu besar gula
1 Sudu besar minyak masak
1 Sudu kecil aisin vanilla
3 Helai daun pandan
-Sedikit minyak masak untuk memasak

Cara2nya :
  1. Satukan tepung gandum dan baking powder
  2. Asingkan kuning dan putih telur,pukul putih telur sehingga kembang dan putih.Dalam bekas lain campurkan kuning telur,gula,aisin vanilla dan susu kacau sebati.
  3. Masukkan minyak dan adunan susu tadi dalam adunan nombor 1,kacau hingga sebati.Kemudian masukkan putih telur dan kacau secara kaut dan balik.
  4. Sedia untuk di masak di atas pan dengan api yang sederhana besar,sebelumnya ikatkan daun pandan yang telah di lipat2 dan koyak2kan sedikit di hujungnya.
  5. Celupkan daun pandan dalam sedikit minyak dan sapukan diatas Pan,kemudian ambil sesenduk aduanan tuangkan atas pan..bakar sehingga masak.
Selamat Mencuba!. :-)





Popia Kurma.
Bulan puasa lepas saya telah mencuba resepi ini,resepi yang saya lihat didalam satu program tv.Anda nak cuba jom lihat resepinya!.


Bahan2 Untuk Popia :

Kulit Popia

Beberapa biji buah kurma
Kacang Badam
1 Biji kuning telur
Minyak masak

Bahan2 Untuk Kuah Popia :

5 Biji buah oren
5 Sudu besar tepung jagung
Gula secukupnya
Sedikit Air


Cara2nya :
  • Buah kurma di buang bijinya terlebih dahulu dan di potong dadu,kemudian kacang badam di bakar sehingga masak selepas itu kacang badam di tumbuk kasar.
  • Setelah semuanya siap satukan kacang badam dan kurma,kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam kulit popia gulung seperti biasa dan lekatkan dengan kuning telur.
  • Buat sehingga semua inti habis,kemudian bolehlah di goreng popia sehingga masak.
  • Sambil itu untuk membuat kuahnya Buah oren di ambil jusnya,kemudian masakkan diatas api sederhana kacau rata,masukkan gula.
  • Masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan air,kacau rata kesemua bahan.Jangan biarkan kuah terlalu cair atau terlalu pekat.Apabila siap bolehlah dihidangkan bersama popia tadi.

*Jika tiada kacang badam anda boleh tukarkan dengan kacang tanah yang digoreng tanpa minyak terlebih dahulu...Sekian!...Harap dapat mencuba resepi mudah ini.  :-)





Apam Pisang Kukus.
Apam pisang ini saya gunakan acuan kuih 'Puteri Ayu'..Anda nak cuba jom lihat resepinya.


Bahan2 :
1 Cawan tepung gandum
1 Sudu kecil baking powder
   ( di gaul dan di ayak bersama tepung)
2 Biji telur
80ml Minyak masak
1/4 Cawan gula
4 biji pisang emas
1/2 Sudu kecil soda bikarbonat
Secubit garam (di satukan/lecek bersama pisang)
Kelapa parut (gaulkan dengan sedikit garam)

Cara2nya :
  1. Pukul minyak,gula,telur hingga sebati'masukkan pisang lecek gaul rata.kemudian masukkan tepung kacau sebati dan ketepikan.
  2. Panaskan kukus sediakan acuan dan sapukan dengan sedikit minyak pada acuan,masukkan suku kelapa didalam acuan tersebut.Kemudian panaskan acuan selama 2minit,tuangkan adunan jangan terlalu penuh dan kukus 12-15 minit buat sehingga semua siap.
  3. Apabila siap bolehlah dihidangkan.



*Jika tiada acuan 'puteri ayu..gunakan acuan kegemaran anda pun boleh. 'Selamat Mencuba!. :-)


......Nantikan lagi resepi akan datang!............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan