Resepi Lauk - Pauk!.


Hari ini resepi yang sangat mudah,mungkin anda juga tahu membuatnya.
Jom lihat apa resepi untuk kali ini ...:-)



Resepi untuk kali ini 'Talapia Goreng Kicap Bersama Cili Padi'.


Bahan2nya:
3 Ekor ikan talapia (Sederhana Besar)
1 Biji bawang besar
2 Ulas bawang putih
10 Biji cili padi
Kicap lemak manis secukupnya
Sedikit garam & Kunyit serbuk
Minyak masak

Cara2nya :
  • Ikan yang telah siap dibersikan digaulkan dengan garam dan kunyit serbuk,lalu di goreng.
  • Sementara mengoreng ikan... bawang besar dimayang,bawang putih diketuk dan cili padi dipotong-potong(Jika hendak tumbuk juga boleh).
  • Kemudian setelah semua ikan siap di goreng,tumiskan bawang putih,bawang merah(Tinggalkan sedikit) Dan cili padi..tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan kicap,jika perlu boleh masukkan sedikit garam dan sedikit air...ikut kehendak anda.
  • Setelah semua sebati masukkan ikan yang telah siap di goreng dan lebihan bawang besar tadi,gaul rata kemudian tutup api dan sedia untuk di hidang.

*Mudahkan?...'Selamat Mencuba!. :-)


♥♥♥By:ZieSya♥♥♥


Sambal Kicap Daging Bercili

Nak cuba resepi ini jom lihat....

Bahan2nya :
Daging (di rebus sehingga empuk dan kemudian d'hiris)
1 Biji bawang besar (d'hiris bulat)
5 Biji cili padi (d'belah dua)
1 Keping asam keping
1 Biji lada besar (merah/hijau)
Kicap lemak manis
Sedikit garam
Sedikit air
Minyak masak

Bahan2 untuk di kisar :
10 Biji cili kering
5 Ulas bawang kecil
2 Ulas bawang putih
Seinci halia

Cara2nya :

  • Tumiskan bahan2 yang telah d'kisar tadi,kemudian masukkan asam keping juga cili padi kacau sehingga garing & naik bau.
  • Masukkan daging gaul rata,masukkan kicap,garam dan air kacau sehingga mendidih.
  • Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan lada besar gaul rata,kenudian apabila siap bolehlah d'hidangkan.


*Garam masukkan sedikit sahaja ,ini kerana sudah ada kicap.Jika tidak mahu terlalu pedas,anda bolehlah kurangkan cili.'Selamat Mencuba!. 





Lala Goreng Cili Padi!.


Bahan A :
1/2 kilo lala
3 sudu besar sos cili
1 sudu kecil gula
Garam secukupnya
Minyak masak
Sedikit serbuk kunyit

Bahan B :
20  biji cili padi
5    ulas bawang kecil
3    ulas bawang putih
2    batang serai

Cara2nya :
  1. Kesemua bahan B diblender halus,kemudian tumiskan bahan tersebut sehingga naik bau dan garing.
  2. Masukkan garam,gula,serbuk kunyit dan lala kacau rata.
  3. Kemudian masukkan sos cili,kacau sehingga lala masak.
  4. Apabila masak bolehlah di hidangkan bersama nasi panas.
*Jika tidak suka pedas bolehlah di kurangkan cili padi,selain lala anda boleh gunakan kerang untuk resepi yang sama.Selamat mencuba!. :-)





Rendang Minang.



Hari ini rasa nak makan rendang pulak,ni resepi mak aku..nak cuba jom tengok resepi.:-)
Bahan A :
   1      ekor ayam
   1      helai daun kunyit
   1 1/2 biji kelapa (ambil santannya)
   3      sudu besar kerisik
    Garam secukup rasa
    Minyak masak

   Bahan B:
   10 biji cili kering (jika suka pedas boleh tambah lagi)
   10 biji cili padi
* 2   sudu kecil ketumbar        }
* 2   sudu kecil jintan manis     } *Kesemua di goreng tanpa minyak sehingga naik bau
* 2   sudu kecil jintan putih      }
  10 ulas bawang kecil
  5   ulas bawang putih
  2   batang serai
Seinci halia,lengkuas & kunyit hidup

Cara-caranya:
  • Blander bahan B,kemudian tumiskan hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan ayam gaulkan rata,apabila sudah kering sedikit masukkan santan.
  • Masukkan kerisik,daun kunyit yang telah di mayang halus dan garam
  • Kacau hingga kering apabila kering sedia untuk dihidangkan.

*Selain ayam daging juga boleh digunakan....Selamat Mencuba :-) 



Ayam Bakar Madu Bersama Air Asam.






Bahan Untuk Perap Ayam:
1 Ekor Ayam
2 Ulas Bawang Besar *
5 Ulas Bawang Kecil *
4 Batang Serai      *
6 Sudu Besar Madu   
Sedikit Garam Dan Kunyit Serbuk

  • *Kesemua bahan ini di blender,kemudian masukkan kesemua bahan yang di blender ke dalam ayam.
  • Masukkan juga madu,garam,kunyit serbuk gaulkan rata kesemua bahan.
  • Pastikan bahan2 di sapu rata pada ayam,setelah itu perapkan selama 1jam,lagi bagus jika diperap semalaman.
  • Setelah di perap ayam bolehlah di bakar di dalam ketuhar selama 45minit ke 1jam dengan suhu 220 darjah.
  • Apabila siap bolehlah di hidang bersama air asam atau kuah kicap.

Bahan2 Untuk Air Asam :

3  Sudu Besar Asam Jawa Pes/Air asam jawa
1  biji Bawang Besar (dipotong dadu)
15 Biji Cili padi
2  Sudu Besar Kerisik
1  Biji Tomato (dibuang biji dan dipotong dadu/dihiris nipis)
Sedikit Gula

  • Asam jawa dibancuh dengan air suam terlebih dahulu,kemudian diblender bersama cili,gula dan kerisik.
  • Kemudian masukkan Bawang,tomato yang telah dipotong dadu tadi dan masukkan 5biji cili padi yang telah dipotong2,gaul rata suaikan rasa mengikut citarasa anda.
  • Akhir sekali bolehlah di hidangkan bersama Ayam Madu anda.


* Senangkan??..Selamat Mencuba!...:-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan